PM Singapura terima suntikan vaksin Covid-19

0
114

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer/BioNTech, hari ini.

Menurut Astro Awani, Lee menjadi anggota kabinet pertama republik itu yang menerima suntikan vaksin tersebut.

Lee menerima suntikan itu bersama kakitangan Hospital Besar Singapura (SGH) pada majlis pelancaran rasmi program vaksinasi untuk para petugas kesihatan.

SGH menganggarkan sekitar 90 petugasnya akan mendapat vaksin pada hari pertama ini.

Institusi penjagaan kesihatan awam, termasuk hospital dan poliklinik, akan memulakan vaksinasi ke atas kakitangan mereka hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here