Polis beri bantuan kepada ibu yang terpaksa mencuri kerana anak sakit, kelaparan

0
1075

ACP Nik Ezanee menyampaikan sumbangan kepada suri rumah berkenaan hari ini

PETALING JAYA – Simpati dengan nasib yang menimpa seorang suri rumah yang ditahan pihak keselamatan selepas terpaksa mencuri barangan berupa ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya tampil menyampaikan sumbangan terhadap keluarga tersebut.

Menurut satu hantaran dalam laman Facebook IPD Petaling Jaya, sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Polis IPD Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal hari ini.

“Beliau terpanggil untuk mengunjungi seorang suri rumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. 

“Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat – ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

ACP Nik Ezanee membeli beberapa barangan keperluan harian kepada keluarga berkenaan

Ibu tersebut bersama anak-anaknya yang masih kecil

“Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini,” katanya hari ini.

Dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik ke laman Facebook itu menunjukkan anak-anak suri rumah tersebut masih kecil dan tinggal di sebuah rumah flat kos rendah.

Menurut hantaran itu lagi, meskipun sumbangan tersebut sangat kecil, ia mampu memberikan kebahagian kepada mereka yang menerimanya.

Rombongan daripada IPD Petaling Jaya

Malah, katanya, sehari satu kebaikan yang dilakukan juga sudah mencukupi dalam membantu mereka memerlukan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here