PPj tutup taman awam di Putrajaya

0
45
Taman Botani di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menutup sementara taman-taman awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini selaras arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) yang bermula hari ini.

PPj dalam satu kenyataan memaklumkan, taman-taman awam berkenaan ditutup kepada pengunjung sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Antara taman-taman awam terbabit adalah Taman Wetland Putrajaya, Taman Wawasan, Taman Putra Perdana, Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau dan Taman Rimba Alam,” katanya.

Dalam pada itu, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. turut mengumumkan penutupan bagi operasi Marina Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya, Kompleks Sukan Air Putrajaya dan Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

“Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan dan ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana sentiasa bersama dengan kami,” katanya menerusi laman Facebook rasminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here