PRU-15 sebelum 1 Ogos?

0
81
Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA- Tidak mustahil Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlaku sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepas tarik berkenaan.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa di Facebooknya hari ini.

Katanya, penting untuk UMNO memastikan parti itu memenangi pilihan raya tersebut, atau sekurang-kurangnya menjadi sebahagian daripada ‘pasukan yang menang’.

“Justeru yang paling utama bagi kita ahli UMNO ialah mempastikan UMNO memenangi PRU itu,atau sekurang kurangnya umno adalah part of the winning team.

“Justeru, tangungjawab para nakhoda adalah mengemudi kearah kejayaan,bukan kearah menghancurkan..sementara para jeragan terus mendayung,berkerja kuat sepasukan membawa parti ke destinasinya.

“JanganJgn sombong, jangan bongkak,jangan hasad, jangan pepat di luar rencong di dalam…jangan depan lain, belakang lain.

“Berkata benar, berterus terang serta sabar bila di fitnah…Insyaallah kebenaran dan kemenangan  menanti di hadapan. Yang penting, UMNO selamat, kekal di yakini dan disayangi rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here