Ramai ‘serbu’ Malakat Mall Masjid Tanah untuk sertai temuduga terbuka

0
5975
Sesi temuduga terbuka yang diadakan di Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Hari pertama temuduga terbuka yang diadakan di Malakat Mall Masjid Tanah di sini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Seawal pukul 7.45 pagi, sudah ada individu-individu yang menunggu untuk masuk ke Malakat Mall Masjid Tanah bagi mendapatkan borang kerja kosong yang ditawarkan.

Secara keseluruhan, sebanyak 100 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan sempena pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka pada awal Mac depan.

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Mutalib berkata, peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai sektor seperti grocer, lifestyle, grocer serta makanan dan minuman.

Terdapat 100 peluang pekerjaan yang ditawarkan sempena pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah pada Mac depan

“Alhamdulillah, kaunter temuduga dibuka pada pukul 9 pagi dan sambutannya amat baik daripada masyarakat setempat di Masjid Tanah. Itu yang kita mahu sebenarnya.

“Kita mahukan penduduk setempat merebut peluang ini untuk meningkatkan taraf ekonomi dengan mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini,” katanya.

Pada hari ini sehingga esok (Ahad), Malakat Mall Masjid Tanah mengadakan sesi temuduga terbuka dan juga hari bersama vendor sempena pembukaanya awal Mac depan.

Sektor penyelenggaraan turut menawarkan peluang pekerjaan di Malakat Mall Masjid Tanah.

Turut tidak melepaskan peluang untuk datang mencuba nasib pada temuduga terbuka itu ialah graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Nor Nabila Sahar, 29.

Nor Nabila berkata, beliau mendapat tahu mengenai sesi temuduga melalui laman sosial facebook sejak November lalu lagi namun, tidak mengetahui tarikh yang tepat.

“Untuk sesi hari ini, saya hanya tahu saat-saat akhir semalam, Alhamdulillah dengan sedikit persiapan dan pengetahuan saya datang untuk sesi temuduga pada hari ini.

Nor Nabila ketika sesi temuduga di Malakat Mall Masjid Tanah

“Saya ingin mencuba njasib mengisi jawatan dalam ‘lifestyle’, saya berharap rezeki saya ada di sini,” katanya yang merupakan pemegang Ijazah Kewangan UiTM Segamat.

Dalam pada itu, Muhammad turut mengajak lebih ramai masyarakat setempat untuk datang esok ke Malakat Mall Masjid Tanah bagi turut serta dalam sesi temuduga terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here