
RAUB – Ratusan kenderaan terkandas di kawasan Benta selepas laluan kedua-dua arah Kuala Lipis ke Raub dinaiki air melebihi satu meter.
Yang terjejas teruk ialah mereka yang tersadai di laluan Benta dan rata-rata memilih masjid, stesen minyak dan juga R&R Benta untuk berehat.
Boleh dikatakan bekalan makanan juga terputus kerana mereka tersadai di Benta tidak dapat keluar untuk ke pekan Kuala Lipis dan Raub.
Gerai makanan di Benta juga kehabisan bekalan kerana permintaan yang tinggi termasuk rak makanan di stesen minyak juga kosong.

Laluan dari Benta ke Raub terputus di laluan utama di Sungai Sarli manakala laluan ke Kuala Lipis terputus sebelum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta.
Rata-rata yang tersadai ialah mereka yang ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di kampung halaman semasa cuti tahun baharu.