Rina positif Covid-19

0
111
Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19

CYBERJAYA-  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, disahkan positif Covid-19.

Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam sebelum keputusan ujian dikeluarkan malam tadi.

“YB Datuk Seri Rina telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada pukul 11.00 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut,” kata kenyataan yang dikeluarkan kementerian terbabit hari ini.

Sehubungan itu, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa memohon maaf atas kesulitan yang berlaku susulan perkembangan terbaharu berhubung jangkitan Covid-19 kepadanya.

Beliau juga akan pastikan, semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here