Satu mangsa insiden Sriwijaya Air berjaya dikenal pasti

0
361

JAKARTA – Salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden pesawat Sriwijaya Air yang jatuh terhempas pada Sabtu lalu berjaya dikenal pasti.

Menurut portal IDN Times, mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Okky Bisma.

Identiti mangsa diumumkan oleh Ketua Unit Penerangan Masyarakat, Bahagian Komunikasi Polis Republik Indonesia, Brigadier Jeneral Rusdi Hartono, dalam satu sidang akhbar, petang tadi.

“Identiti mangsa dikenal pasti oleh Unit Pengenalan Mangsa Bencana (DVI) Polis Indonesia menerusi padanan data,” kata Rusdi.

Beliau menambah, jenazah mangsa akan diserahkan kepada keluarga secepat mungkin.

Dalam insiden Sabtu lalu itu, pesawat yang membawa 56 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan ke Pontianak, jatuh terhempas ke laut sejurus berlepas dari Lapangan Antarabangsa Soekarno-Hatta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here