Saya malu nak meminta-minta, tetapi keadaan terpaksa- Cef Ali

0
7258
Cef Ali antara penerima mengambil bantuan barangan keperluan harian melalui program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch itu melibatkan penduduk Pangsapuri Rista Villa, Kenanga dan juga Dahlia, Puchong Perdana.

PUCHONG – Dahulunya, Alishah Mansor, 58 atau lebih popular dengan panggilan Cef Ali oleh penduduk Taman Putra Perdana, di sini hidup dengan serba lengkap, cukup makan dan minum.

Namun, segalanya berubah sejak beliau ditimpa kemalangan kira-kira dua tahun lalu yang menyebabkan kakinya kaki kirinya perlu menerima rawatan susulan sehingga ke hari ini.

Cef Ali tidak dapat menah sebak kerana terharu dengan sumbangan yang diterima hari ini

Katanya, dia ketika ini bergantung hidup kepada bantuan zakat sebanyak RM400 sebulan selain pendapatan anak lelaki tunggalnya yang berumur 19 tahun bekerja di kedai runcit.

“Saya malu nak meminta-minta tetapi, keadaan terpaksa. Malu sangat, buat muka ‘tebal’ menagih simpati orang untuk apa sahaja bantuan yang diperlukan bagi menampung keperluan.

Cef Ali bersyukur dengan bantuan yang diterima melalui program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch.

“Saya sebenarnya, kalau boleh mahu bekerja tetapi keadaan saya ketika tidak mengizinkan. Namun, saya tetap cari kerja yang bersesuian dengan saya dengan keadaan begini.

“Namun, dengan kudrat sekarang rasanya tidak boleh lagi kerja. Dahulu saya bekerja tukang masak di beberapa hotel. Lepas kemalangan kerja di rumah orang-orang tua.

“Tidak lama bekerja di rumah orang tua, saya berhenti kerana sedih tengok anak-anak hantar orang tua mereka ke rumah jagaan. Sejak itu saya terpaksa bergantung harap kepada Zakat.

“Kadang-kadang terpaksa meminta bantuan surau dan sebagainya untuk lunaskan bil air dan elektrik. Betul, saya malu tetapi terpaksa.

“Lebih memeritkan, saya juga baru kehilangan isteri dua bulan lalu akibat komplikasi penyakit yang dialaminya,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Antara barangan yang diterima oleh para penerima sumbangan program Zero Hunger hari ini

Cef Ali merupakan antara penerima bantuan melalui program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch di Taman Putra Perdana hari ini.

Cef Ali turut mengucapkan terima kasih kepada Malakat Mall atas keprihatinan menghulurkan sumbangan barangan keperluan kepadanya dan penduduk-penduduk di Taman Putra Perdana.

“Alhamdulillah terima kasih Malakat Mall, barangan keperluan harian ini amat membantu saya dan anak lelaki yang berumur 19 tahun serta penduduk di kawasan ini,” katanya.

Norbariah mengambil bantuan barangan keperluan harian melalui program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch itu melibatkan penduduk Pangsapuri Rista Villa, Kenanga dan juga Dahlia, Taman Putra Perdana.

Sementara itu, seorang lagi penerima Norbariah Hamdan, 32, berkata, dia bersyukur tersenarai sebagai penerima bantuan program Zero Hunger ketika saat memerlukan ini.

“Saya dan keluarga sebenarnya dalam keadaan terdesak kerana suami tidak dapat bekerja selepas tulang pinggulnya patah kerana terjatuh di depan rumah. Sebelum ini Masjid ada bantu.

Antara penerima mengambil bantuan barangan keperluan harian melalui program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch itu melibatkan penduduk Pangsapuri Rista Villa, Kenanga dan juga Dahlia, Puchong Perdana.

“Jadi buat masa ini, kami sekeluarga tiada punca pendapatan, saya juga tidak bekerja dan sedang menunggu masa untuk melahirkan anak keempat.

“Syukur alhamdulillah dengan bantuan hari ini kerana dapat meringankan beban dan menampung keluarga,” katanya yang hadir bersama suami Musili Ayuh, 43.

Sukarelawan menyusun barangan keperluan sumbangan yang dianjurkan oleh Zero Hunger, Yayasan Brainy Bunch dan Malakat Mall di Puchong Perdana.

Dalam pada itu, Salasiah Wahab, 56, turut mengucapkan terima kasih kepada Malakat Mall dan Yayasan Brainy Bunch atas sumbangan yang diterima hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here