Saya merayu…anda perlu terus duduk di rumah- KP Kesihatan

0
16
CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada orang ramai supaya terus duduk di rumah.

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada orang ramai supaya terus duduk di rumah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Noor Hisham dalam hantaran di laman Facebook miliknya semalam berkata, tempoh dua minggu semasa pelaksanaan PKP itu sangat penting kepada setiap orang dan negara.

“Saya menggesa dan merayu kepada semua orang untuk tinggal di rumah dan mengelak daripada mengadakan atau menghadiri sebarang perjumpaan sosial.

“Ini termasuk melakukan aktiviti luar yang tidak penting ketika kita sedang melawan gelombang ketiga wabak ini dengan trend jangkitan Covid-19 yang meningkat,” katanya dalam hantaran Facebook beliau malam semalam.

Graf statistik kes semasa Covid-19 yang turut dikongsikan Tan Sri Noor Hisham Abdullah

Gesaan dan rayuan Noor Hisham itu dilihat kerana kes harian positif Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka membimbangkan dengan kes tertinggi semalam sebanyak 3,309 kes.

Jumlah kes harian itu merupakan kali kedua melebihi angka 3,000 sejak pandemik Covid-19 melanda negara dengan kali pertama dicatatkan pada 7 Januari lalu sebanyak 3,027 kes

Bermula hari ini, kerajaan memutuskan melaksanakan PKP untuk tempoh 14 hari sehingga 26 Januari ini melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini turut memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here