Saya minta maaf….Ahmad Maslan

0
465
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan

CYBERJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak terkilan dengan kenyataanya.

Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau langsung tiada niat untuk menyelar dan jauh sekali menghina orang lain.

Katanya, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendahkan orang lain dan sebarang kelakuan seumpamanya yang berlaku adalah tidak disengajakan.

“Ya benar saya minta maaf kepada pihak yang terkilan terhadap saya. Bukan perangai saya untuk rendahkan orang lain. Bererti itu bukan disengajakan. 

“Berbahas di #DewanRakyat itu lain. Pun saya tak pernah hina mereka. Saya dilahir dalam keluarga miskin, anak penoreh. Bukan sifat saya hina orang” katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya.

Permohonan maaf itu susulan kenyataan Ahmad sebelum ini yang mengatakan hanya graduan Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) sahaja dapat memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here