Selenggara kenderaan sambil bersedekah di Malakat Auto City

0
128
Malakat Auto City yang terletak di No 12 Jalan Autoville 2, Persiaran Multimedia, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat terus melebarkan sayap perniagaan melalui pembukaan pusat servis sehenti, Malakat Auto City yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, jualan dan peluang pembangunan modal insan.

Sebagai permulaan, pembukaan Malakat Auto City yang terletak di No 12 Jalan Autoville 2, Persiaran Multimedia di sini pada minggu lalu menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penyelenggaraan dan membaiki kenderaan.

Manakala pada bulan depan, servis mengetuk dan cat juga akan disediakan dengan pelbagai tawaran harga menarik untuk pelanggan.

Malakat Mall dalam kenyataan berkata, pembukaan pusat servis itu akan memberi manfaat kepada pemilik dan pengguna kenderaan di sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Sepang. 

“Persiapan akhir untuk pembukaan rasmi kepada komuniti Cyberjaya dan Putrajaya khasnya ahli Kelab MALAKAT dan ahli KoPPIM yang kini telah mencecah lebih 5,000 ahli di kawasan Parlimen Sepang & Putrajaya,’’ katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, selain berbelanja, pelanggan juga boleh mendapatkan insuran kenderaan yang mana 70 peratus daripada jumlah komisen diterima Malakat Auto City akan disalurkan kepada dana infaq NORIBA.

Malakat Auto City merupakan perniagaan terbaharu daripada lebih 40 jenama perniagaan di bawah kumpulan Malakat.

Kerja-kerja persiapan akhir sebelum pembukaan Malakat Auto City pada minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here