Senat secara rasmi mulakan proses pendakwaan Trump

0
100
Ketua Majoriti Dewan Senat, Chuck Schumer.

WASHINGTON – Dewan Senat akan mula mendengar pendakwaaan terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada minggu kedua Februari nanti.

Menurut The Guardian, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer setelah berjaya medapat persetujuan daripada wakil Pari Republikan, lewat Jumaat.

Berdasarkan garis masa, Dewan akan memfailkan pertuduhan pada Isnin depan, bagi memberi peluang kepada kumpulan peguam Trump untuk menyediakan hujahan balas mereka.

Schumer berkata, beliau dan Ketua Minoriti Senat, Mitch McConnell dari Parti Republikan akan memperincikan tempoh masa perbicaraan berkenaan.

“Anggota Senat akan mendengar pendakwaan tersebut.

“Perbicaraan ini akan dilakukan dengan adil. Tetapi jangan tersilap, perbicaraan (akan) tetap diadakan,” kata Schumer.

Trump merupakan bekas presiden yang pertama didakwa kali kedua dalam sejarah AS.

Kali ini, dia berdepan pertuduhan ‘menghasut bagi melakukan pemberontakan’ ketika terjadinya insiden rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari lepas.

Sekiranya didapati bersalah, dia sudah hilang kelayakan untuk bertanding ke jawatan tersebut pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here