Singapura tahan remaja rancang serang masjid

0
231
Menteri Undang-undang Singaoura, K. Shanmugam

SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura menahan seorang remaja yang merancang untuk melakukan serangan di dua buah masjid di republik berkenaan.

Menurut Reuters, remaja berusia 16 tahun itu telahpun membeli sebuah vest taktikal dan sedang merancang untuk membeli sebilah parang ketika dia ditahan Disember lalu.

Rancangan remaja yang dikenalpasti sebagai berketurunan India dan beragama Kristian itu didedahkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan, semalam.

ISD berkata, remaja itu kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kata kenyataan itu lagi, remaja tersebut sudahpun melakukan tinjauan ke masjid yang akan diserang, dan bercadang akan melakukan serangan tersebut pada tarikh ulang tahun serangan berdarah di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac.

Dalam insiden berdarah di New Zealand itu, sebanyak 51 orang Islam terbunuh selepas seorang lelaki, Brenton Tarrant menyerang dua buah masjid,

Serangan itu turut dipancarkan secara langsung menerusi media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here