Skandal kartel daging: SPRM tahan ejen penghantaran

0
125
SPRM Johor menahan seorang ejen penghantaran berhubung isu kartel daging

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang ejen penghantaran kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu kartel daging.

Suspek lelaki yang berumur 55 tahun itu ditahan pada pukul 8 malam tadi di pejabat SPRM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan lelaki berkenaan, bagaimanapun beliau tidak memberikan ulasan lanjut kerana kes masih dalam diasatan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok bagi permohonan reman,” katanya.

Daging Import – Gambar Hiasan

Khamis lalu, dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor dilaporkan direman lima hari hingga hari ini berhubung skandalkartel daging.

Kedua-dua pegawai Maqis yang berusia 27 dan 31 tahun itu dilaporkan direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here