SKMM sahkan Twitter rasmi mereka diceroboh

0
109
Logo SKMM

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu, @SKMM_MCMC, diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan, susulan itu, akaun Twitter SKMM itu telah digantung untuk sementara waktu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan.

“Hantaran mesej terbabit bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebentar tadi tular satu ciapan mencurigakan yang dibuat menerusi Twitter SKMM.

Ciapan mencurigakan tersebut yang tiada sebarang hubung kait atau hebahan mengenai aktiviti agensi tersebut menimbulkan persoalan daripada orang ramai sama ada laman Twitter SKMM diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here