Solat Jumaat, fardu di masjid dan surau di Selangor ditangguhkan

0
77
Sebelum ini SOP ketat dilaksanakan untuk solat Jumaat dan fardu di semua masjid dan surau

CYBERJAYA – Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di Selangor ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya lima petugas sahaja dibenar untuk mendirikan solat Jumaat dan fardu di rumah ibadat.

“Penangguhan solat Jumaat melibatkan 425 masjid dan 278 surau kebenaran sehingga diberitahu kelak.

“Arahan penangguhan solat fardu berjemaah juga melibatkan jumlah masjid sama dan 2,025 surau,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Shahzihan, sepanjang tempoh PKP juga, turut dilarang dialah aktiviti kuliah, ceramah dan tazkirah.

“Selain itu pengurusan jenazah boleh dilaksanakan di masjid dan surau namun kehadiran ahli keluarga dihadkan tidak melebihi 10 orang.

“Jumlah ini tidak termasuk petugas pengurusan jenazah serta jawatankuasa rumah ibadat yang bertugas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here