SOP dan aktiviti di masjid bukan bidang kuasa MKN

0
158
Sultan dan pihak berkuasa agama negeri punyai kuasa tentang SOP, aktiviti dan pembukaan masjid di setiap negeri

CYBERJAYA- Prosedur operasi standard (SOP), aktiviti atau pembukaan masjid bukan di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, perkara berkenaan tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Sultan dan pihak berkuasa agama negeri.

Ismail Sabri berkata, beliau banyak menerima persoalan dan kiriman video mempertikaikan hal pembukaan masjid.

“Saya terima banyak aduan, termasuk daripada penceramah yang menyalahkan MKN berkenaan SOP ketat aktiviti di masjid.

“Contoh, jika masjid dibuka untuk lima orang sahaja, satu pertiga atau satu perdua daripada kapasiti masjid, maka keputusan terbabit adalah di bawah perkenan Sultan di negeri berkenaan.

“Kementerian berkaitan boleh mengusulkan cadangan melalui Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk penelitian Pihak Berkuasa Agama Negeri, namun keputusan akhir adalah sepenuhnya hak mutlak dan bidang kuasa negeri di bawah naungan raja di setiap negeri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan pihak tertentu mempersoal SOP di masjid dan surau sebagai mempersoal keputusan Sultan, selain dianggap sebagai kritikan dituju kepada pemerintah di setiap negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here