Sukarelawan, badan korporat dan NGO dari kawasan PKP dilarang jalankan aktiviti pembersihan pasca banjir di Pahang

0
163
Sebarang aktiviti gotong-royong, program ramah mesra dan interaksi dengan mangsa banjir tidak dibenarkan

CYBERJAYA-  Pahang tidak membenarkan sukarelawan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaa (NGO) dari zon merah yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjalankan aktiviti pembersihan pasca banjir di negeri berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekiranya pihak berkenaan mendapat kelulusan daripada polis untuk merentas negeri bagi tujuan tersebut, aktiviti yang dibenarkan hanya untuk penghantaran barangan bantuan sahaja.

“Sebarang aktiviti gotong-royong, program ramah mesra dan interaksi dengan mangsa banjir tidak dibenarkan.

“Aktiviti konvoi misi bantuan akan sentiasa dipantau oleh polis sepanjang perjalanan. Jika berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu perjalanan, kompaun akan dikenakan serta-merta.

“Bagi NGO dalam negeri yang ingin melakukan kerja gotong-royong pasca banjir, mereka perlu berdaftar secara dalam talian di https://ebanjir.pahang.gov.my ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Rosdy, semakan status kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web tersebut dan pas kenderaan yang disertakan bersama dengan surat kelulusan perlu dicetak dan dipaparkan pada kenderaan yang digunakan.

“Jumlah sukarelawan dibenarkan pula bergantung kepada saiz ruang yang mahu dibersihkan dengan maksimum 10 orang dalam satu-satu masa.

“Bagaimanapun, semua ahli NGO dan sukarelawan terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang sentuhan fizikal dengan mangsa banjir terutama di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here