Syarikat kuari terbabit 6 kesalahan berkaitan EIA

0
136
Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu akibat kegiatan kuari dan pembersihan hutan.

IPOH – Kementerian Alam Sekitar dan Air mengesan enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dilakukan oleh syarikat kuari yang menyebabkan kerosakan Air Terjun Tanjung Batu, di Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang, Manjung dekat sini.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ciapan Twitternya hari ini berkata, siasatan awal terhadap syarikat berkenaan mendapati wujud pelanggaran syarat membabitkan kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2).

“JAS Perak telah menjalankan siasatan di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang pada Isnin dan Selasa lepas dan didapati kemusnahan alam sekitar yang berlaku di situ adalah berpunca daripada tapak projek kuari granit.

“Siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan EIA terutama melibatkan kerja-kerja tanah,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi di Twitter pada Rabu.

Menurutnya, JAS Perak kini sedang melengkapkan kertas siasatan termasuk memanggil pihak-pihak yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

“Buat masa ini, JAS telah memasang ‘cordon tape’, malah arahan di lapangan dan notis arahan untuk tindakan remedi juga sudah dikeluarkan,” katanya.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Keindahan Air Terjun Tanjung Batu dekat Pantai Remis yang menjadi tumpuan penggiat aktiviti luar dilaporkan musnah sejak aktiviti kuari dipercayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang turut melakukan pembersihan hutan di situ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here