
CYBERJAYA- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu 1-800-88-2747 ditutup sementara bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
LHDN dalam satu kenyatannya berkata, semua pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR.
“Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, permohonan baharu dan kemaskini maklumat BPR,” katanya.
Soalan lazim pendaftaran MyBPR boleh dimuat turun di pautan https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf manakala permohonan baharu dan kemaskini di https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf