Talian hotline BPR ditutup sementara

0
123
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Talian hotline bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu 1800-88-2747 akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata,
semua pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan.

“Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, Permohonan Baharu dan Kemaskini maklumat BPR.

“Capaian pantas adalah melalui Pendaftaran MyBPR https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf dan Permohonan Baru dan Kemaskini
https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKem
asKini.pdf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bermula 15 Januari lalu, rakyat Malaysia boleh mula membuat permohonan baharu, mengemaskini BPR atau membuat semakan BPR 2021 melalui laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Bantuan tersebut merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here