Taman awam di Wilayah Persekutuan dibuka ketika PKP-Annuar Musa

0
92
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA- Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan semua taman awam di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini.

Annuar bagaimanapun berkata, hanya aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dibenarkan dan tidak melibatkan kegiatan secara berkumpulan.

“Lazimnya, aktiviti di taman awam selalunya melibatkan aktiviti riadah secara berkumpulan, berkelah dan beramai-ramai dan ini tidak dibenarkan.

“Namun, tidak pula ia menghalang aktiviti-aktiviti lain yang dibolehkan, jadi kita setuju taman awam dibuka untuk digunakan orang awam.

“Ia boleh diguna selagi mana tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan ,” katanya dalam sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan menerusi Facebook Live hari ini.

Sehubungan itu Annuar berkata, pihaknya bersetuju untuk membuka semula taman-taman awam, tetapi perlu diselia khususnya dalam aspek pematuhan SOP.

Dalam pada itu katanya, aktiviti penjualan di taman-taman awam masih tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.

“Dengan pembukaan ini, kita masih tidak benarkan aktiviti secara berkelompok seperti senamrobik, Tai Chi yang menyebabkan kontak rapat.

“Selain itu, aktiviti penjualan juga tidak dibenarkan kerana ia tidak selari dengan garis panduan. 

“Begitu juga ia mesti dikawal selia iaitu pintu masuk dan pintu keluar perlu diasingkan serta mereka yang datang ke taman perlu mengambil suhu badan sebagai satu kawalan,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here