Tarikh buka sekolah diumum seminggu lebih awal

0
299
MOHD. RADZI MD. JIDIN

CYBERJAYA – Tarikh pembukaan sekolah secara bersemuka akan dimumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Jaminan tersebut diberikan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau, hari ini.

“Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan,” kata Radzi.

Beliau menjelaskan, tempoh ini secara langsung membolehkan guru, ibu bapa dan murid mendapat ruang yang cukup bagi membuat persediaan sewajarnya.

Radzi menambah, pengoperasian sekolah itu sudah dinyatakan dalam soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh KPM pada 18 Januari lalu dan ketika ini KPM menangguhkan sesi persekolahan tahun 2021 susulan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here