Taska percuma untuk anak petugas barisan hadapan di Selangor

0
30
Inisiatif ini diberikan secara percuma untuk tempoh dua bulan bermula 25 Januari

CYBERJAYA- Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan untuk meringankan beban petugas yang berusaha menangani penularan Covid-19.

Inisiatif berkenaan melibatkan pembukaan dan pengoperasian taska serta pusat jagaan sementara di hospital awam dan juga di beberapa premis sementara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha yang menelan belanja RM1 juta akan memanfaatkan hampir 400 keluarga petugas hadapan di seluruh Selangor.

“Ibu bapa yang bekerja sebagai kakitangan hospital atau pejabat kesihatan di Selangor, anggota polis dan tentera yang terlibat dengan usaha menangani Covid-19 boleh menghantar anak-anak di taska ini.

“Inisiatif ini diberikan secara percuma untuk tempoh dua bulan bermula 25 Januari,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Kita Selangor hari ini.

Pakej dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here