[VIDEO] Temuduga terbuka dan hari bersama vendor di Malakat Mall Masjid Tanah pada Sabtu dan Ahad ini

0
271
Temuduga terbuka dan hari bersama vendor di Malakat Mall Masjid Tanah pada Sabtu dan Ahad ini

CYBERJAYA – Berita gembira buat warga Masjid Tanah, Melaka apabila pusat beli belah Malakat Mall akan mengadakan temuduga terbuka pada Sabtu dan Ahad ini di Malakat Mall Masjid Tanah.

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Muttalib

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Muttalib berkata, peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai sektor seperti grocer, lifestyle serta makanan dan minuman (F&B).

Beliau berkata, kira-kira 100 peluang pekerjaan disediakan dan mereka yang berminat boleh datang ke sesi temuduga terbuka bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang.

Tiga aktiviti menarik di Malakat Mall Masjid Tanah pada 9 - 10 Januari ini

“Selain temuduga terbuka, kita juga akan menganjurkan hari bersama vendor pada hari yang sama. Para Usahawan yang ada produk untuk pasarkan di Malakat Mall dijemput datang.

“Pada Sabtu dan Ahad ini, kita tidak terhadkan kepada sektor tertentu dalam pemilihan produk, hari bersama vendor ini terbuka kepada semua,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Malakat Mall Masjid Tanah dijangka akan dibuka ekoada umum pada awal Mac depan

Menurut Muhamad, bagi memeriahkan suasana, pihaknya juga akan menganjurkan Karnival Jualan Seragam Sekolah pada hari yang sama di Malakat Mall Masjid Tanah nanti.

“Ibu bapa khususnya warga Masjid Tanah juga boleh datang ke Malakat Mall di sana nanti untuk membeli segala kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya.

Persiapan makin rancak dilakukan sebelum Malakat Mall Masjid Tanah dibuka kepada umum

Dalam perkembangan lain, Muhammad memaklumkan Malakat Mall Masjid Tanah dijangka akan dibuka kepada umum pada awal Mac depan.

“Masyarakat Masjid Tanah pastinya tertunggu-tunggu bila Malakat Mall ini akan dibuka, sekarang kita sedang dalam proses ubahsuai, boleh dikatakan hampir 35 peratus siap,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here