Terjun Tasik Dayang Bunting tengah malam buta, lelaki ini cetus kekaguman

0
896
Aksi berbahaya Solo Ambush terjun ke tengah-tengah Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting pada waktu tengah malam dalam keadaan gelap gelita dan tanpa menggunakan jaket keselamatan cetus kekaguman penonton

LANGKAWI – Seorang penjejak paranormal melakukan ‘aksi gila’ apabila sanggup terjun ke tengah-tengah Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting pada waktu tengah malam dalam keadaan gelap gelita dan tanpa menggunakan jaket keselamatan.

Aksi berbahaya lelaki itu yang dikenali sebagai Solo Ambush dirakamkan secara langsung atau Fb Live menerusi laman Facebook miliknya lewat malam semalam.

Dalam siaran Fb Live selama kira-kira satu jam itu, Solo Ambush atau nama sebenarnya Hanizamal Abu Hanifah mengayuh bot kayuh secara sendirian sehingga ke tengah tasik sebelum terjun menyelam kira-kira 30 saat dan naik semula ke dalam bot tersebut.

Solo Ambush berkata, tindakannya itu dibuat bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak tetapi untuk membuktikan bahawa darjat manusia adalah lebih tinggi daripada makhluk-makhluk lain.

“Untuk yang lain (penonton) jangan lakukan aksi ini, ia memerlukan tahap keyakinan yang tinggi,” katanya selepas melakukan aksi bahaya tersebut.

Solo Ambush

Selepas melakukan aksi tersebut Solo Ambush yang pergi secara sendirian ke pulau yang penuh dengan cerita lagenda tempatan kemudiannya kembali ke pelantar dan cuba memprovokasi entiti yang berada di pulau itu untuk muncul.

Alat yang digunakan Solo Ambush untuk memanggil entiti

Video tersebut berjaya mendapat tontonan lebih 10,000 pelayar Facebook yang rata-ratanya kagum dengan keberanian beliau.

Pulau Dayang Bunting terkenal dengan cerita rakyat berkaitan asal kejadiannya, iaitu pergaduhan antara Mat Raya dan Mat Chincang serta cerita jin bernama Mambang Sari yang mati ketika melahirkan anak.

Selain itu, Tasik Dayang Bunting turut menyimpan kisah mengenai kewujudan dua ekor buaya masing-masing berwarna tembaga dan putih di dalam tasik terbabit.

Dua ekor buaya itu kononnya menjadi penjaga tasik tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here