Terpulang kepada Kongres untuk dakwa Trump – Biden

0
107

DELAWARE – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata beliau sudah lama mengetahui bahawa Donald Trump tidak mampu untuk menggalas jawatan tersebut.

Menurut Reuters, Biden berkata demikian ketika disoal mengenai cadangan anggota Kongres untuk mendakwa Trump yang dianggap sengaja memprovokosi penyokongnya hingga mencetuskan rusuhan di bangunan Capitol di Washington, Rabu lalu.

Namun, tambah Biden, kesemuanya terpulang kepada anggota Kongres sama ada mahu meneruskan pendakwaan itu atau tidak.

“Terpulang kepada anggota Kongres untuk membuat keputusan, tetapi kita mesti bersedia untuk melakukannya secepat mungkin,” kata Biden.

Kata Biden, fokus beliau pada waktu ini adalah untuk mengawal jangkitan Covid-19, memastikan proses vaksinasi dapat dilakukan secepat mungkin, dan mengukuhkan ekonomi negara.

Cadangan untuk mendakwa Trump turut disokong oleh Speaker Dewan, Nancy Pelosi yang sebelum itu turut mencadangkan supaya Trump ‘dipecat’ di bawah Pindaan ke-25 Perlembagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here