Tiada polis Muslim terlibat, hanya anggota berbangsa India bantu angkat berhala Thaipusam

0
617
Video yang tular menunjukkan polis mengangkat pendati berhala berkenaa semalam

CYBERJAYA – Polis menafikan terdapat anggota beragama Islam yang diminta membantu mengangkat berhala di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee seperti yang tular dalam satu video semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, anggota polis terlibat hanya anggota berbangsa India dan mereka diminta oleh penganjur untuk membantu mempercepatkan pergerakan berhala tersebut.

Katanya, ini kerana mereka yang hadir dikatakan terdiri daripada warga tua dan tidak mampu melaksanakan tugas memikul berhala berkenaan.

“Video yang dirakam pada jam 3 pagi semalam, di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee di sini, memaparkan petugas polis membantu pergerakan pedati dan semua pegawai dan anggota terbabit adalah berbangsa India,” katanya dalam seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Satu video bantuan penugasan polis sewaktu kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021 tular dalam laman media sosial.

Video berdurasi lapan saat itu menunjukkan sekumpulan pegawai dan anggota polis membantu mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta oleh pihak penganjur.

Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves sempena sambutan Thaipusam dibenarkan oleh kerajaan.

Bagi memastikan pergerakan pedati berjalan lancar, pihak Polis IPD Dang Wangi telah mengaturkan tugas kawalan keselamatan yang bermula di Kuil Maha Sri Mariamman sehinggalah pedati diserahkan ke kawasan IPD Sentul.

Sementara itu, Mohamad Zainal berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ditalian 03-26002222 atau hotline Polis KL ditalian 03-21159999.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here