Tidak memakai pelitup muka masih kesalahan tertinggi

0
88
Orang ramai memakai topeng muka di tempat awam bagi mengekang penularan Covid-19 . – FARID JANUDIN/MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Kesalahan tidak memakai pelitup muka masih tinggi walaupun peringatan sudah diberikan berkali-kali.

Dalam operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 472 individu di atas kesalahan melanggar SOP berkaitan pencegahan Covid-19.

Daripada jumlah itu, seramai 457 individu telah dikompaun manakala 15 lagi direman.

Kesalahan tertinggi yang didapati adalah tidak memakai pelitup muka (182), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (85), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (32) dan lain-lain (42).

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,564 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,858 anggota telah membuat pemantauan di 3,567 pasar raya, 4,706 restoran serta 1,765 penjaja, 1,343 kilang, 3,288 bank dan 1,528 pejabat kerajaan di seluruh negara.

Juga dipantau, sebanyak 989 terminal pengangkutan darat, 244 terminal pengangkutan air serta 88 terminal pengangkutan udara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here