Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pula disahkan Covid-19

0
44
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bercakap pada sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber di Malakat Mall, Cyberjaya. Gambat fail oleh jurufoto FARID JANUDIN, 2 JULAI 2020

CYBERJAYA – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19, setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Menurut Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang kelmarin.

“Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebelum ini pada 25 Disember lalu beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 namun keputusannya ialah negatif.

“Beliau kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here