Timbalan Presiden Samsung dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan

0
127
LEE JAE-YONG

SEOUL – Timbalan Presiden Samsung, Lee Jae-yong dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan setelah didapati bersalah berikutan satu skandal korupsi.

Menurut agensi Yonghap, Jae-yong yang pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun pada 2017, hampir berjaya mengetepikan hukuman tersebut setelah rayuan beliau diterima pada 2018, namun Mahkamah Agong kemudiannya mengeluarkan perintah supaya perbicaraan tersebut diadakan semula.

Skandal tersebut menggemparkan Korea Selatan sehingga membawa kepada kejatuhan Presiden Park Geun-hye.

Pendedahan skandal ini secara langsung mendedahkan hubungan tidak sihat antara entiti korporat dengan politik di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here