
CYBERJAYA – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan dalam satu kenyataan media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani saringan Covid-19 selepad tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.
“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.
“Pada 1 Januari 2021 beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif,” jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul.