Trump Presiden AS pertama didakwa kali kedua

0
66

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi presiden pertama di dalam sejarah didakwa buat kali kedua oleh Dewan Perwakilan.

Menurut Sky News, Trump dituduh ‘menghasut bagi melakukan pemberontakan’, dengan usul tuduhan itu diluluskan oleh ahli dewan dengan undian 232 menyokong manakala 197 membantah.

Ahli dewan daripada Parti Demokrat mengusulkan pendakwaan itu berikutan rusuhan penyokong Trump di bangunan Capitol 2 minggu lalu ketika dewan sedang bersidang untuk meluluskan undi elektoral yang dimenangi Joe Biden.

Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang ke-46 pada 20 Januari depan.

Trump, 74, kali pertama didakwa pada Disember 2019 atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan menghalang Kongres daripada terlibat dalam urusan politik dengan Ukraine.

Namun, Trump bernasib baik apabila Dewan Senat yang majoritinya dibarisi oleh ahli Parti Republikan, menggugurkan dakwaan tersebut pada Februari 2020.

Pengusulan tuduhan ini diteruskan berikutan keengganan Timbalan Presiden, Mike Pence ‘memecat’ Trump di bawah Pindaan ke-25 Perlembagaan AS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here