Tun M dalam keadaan sihat

0
60

CYBERJAYA- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menafikan khabar angin yang kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.

Melalui sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata: “Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah.”

Beliau turut memuat naik kenyataan: ‘Saya sihat, alhamdulillah =)’ sebagai kapsyen pada video itu.

Sebelum ini tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Dr. Mahathir tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here