Turki sumbang 100 rumah kontena kepada mangsa gempa Croatia

0
71
Kumpulan sukarelawan Turki semasa majlis pelancaran bantuan rumah kontena kepada mangsa gempa bumi Croatia di Istanbul, baru-baru ini.

ANKARA – Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki menghantar sebanyak 100 buah rumah kontena kepada mangsa gempa bumi di Croatia pada Selasa.

Rumah kontena itu dimuatkan ke dalam kapal di Pelabuhan Pendik di Istanbul untuk dihantar ke Zagreb dengan kerjasama Persatuan Pengangkutan Antarabangsa (UND) dan syarikat maritim dan logistik, DFDS Ro-Ro Logistics.

Pada masa sama, satu upacara diadakan bagi melancarkan kapal berkenaan yang pertama kali berlabuh di Pelabuhan Trieste Itali sebelum dibawa ke Croatia melalui firma anggota UND.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UND, Alper Ozal berkata, Turki turut berkongsi penderitaan dialami Croatia.

“Kami mengirim rumah bantuan AFAD kepada rakyat Croatia,” katanya, sambil menambah bahawa sebanyak 50 kenderaan terbabit dalam operasi penghantaran rumah-rumah berkenaan.

Gempa berkekuatan 6.3 skala ritcher pada 29 Disember lalu menggegarkan bandar Petrinja di Croatia sehingga membunuh tujuh orang serta mencederakan 27 yang lain. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here