Turun 5kg semasa PKP, pengundi DUN Jeram layak terima RM300

0
106
Inisiatif ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli untuk pengundi di kawasannya semasa PKP

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli tampil dengan inisiatif tersendiri untuk mengisi masa terluang pengundinya ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hanya dengan mengurangkan berat badan sebanyak lima kilogram sahaja, pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram boleh memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM300, itu tawaran Mohd. Shaid.

Menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya semalam, Mohd Shaid memaklumkan cabaran berkenaan hanya kepada pengundi DUN Jeram sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli

“Salam pengundi Jeram. Memandangkan PKP 2.0 akan bermula, maka pejabat ADUN Jeram ingin mengajak anda untuk menyahut cabaran dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sepanjang PKP kali ini.

“Bagi yang ingin menyahut cabaran ini, anda boleh hadir ke Pejabat ADUN Jeram untuk mendaftar dan melakukan penimbangan berat badan terkini,” katanya.

Menurutnya, setelah tamat PKP, pihaknya akan memanggil kesemua peserta yang mendaftar untuk melakukan penimbangan semula berat badan.

Pengundi DUN Jeram boleh mendaftar bermula Selasa sehingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 9 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here