Twitter SKMM: KKMM siasat secara menyeluruh

0
86
Datuk Saifuddin Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menyiasat secara menyeluruh isu yang tular tentang ciapan tidak senonoh yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di SKMM ataupun tidak.

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KKMM untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dari semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak secara telus dalam menangani isu ini.

Semalam pengguna media sosial kecoh apabila tular beberapa ciapan mencurigakan yang dibuat menerusi Twitter SKMM.

Ciapan mencurigakan tersebut yang tiada sebarang hubung kait atau hebahan mengenai aktiviti agensi tersebut menimbulkan persoalan daripada orang ramai sama ada laman Twitter SKMM diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here