Ujian swab hanya boleh diarah kepada individu bergejala

0
108
Arahan untuk ujian swab hanya boleh diarahkan kepada individu bergejala

CYBERJAYA- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ujian swab hanya boleh diarahkan kepada individu yang mempunyai gejala sahaja.

Katanya, institut pengajian tinggi (IPT) atau sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar supaya menjalani ujian swab sebelum memasuki sekolah atau kampus.

“Pelajar-pelajar yang ingin memasuki peperiksaan ataupun balik ke asrama atau memasuki kampus tidak diperlukan, tidak diwajibkan.

“Tidak ditetapkan untuk membuat ujian swab kecuali mereka yang bergejala sahaja. Jika ada kes mereka yang bergejala, maka mereka perlu melakukan ujian swab

“Jika tidak, tidak perlu untuk mereka melakukan ujian swab,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menerima aduan berkaitan IPT dan sekolah di beberapa negeri mengenakan syarat kepada pelajar supaya membuat ujian swab sebelum masuk ke kampus atau asrama untuk menduduki peperiksaan dengan kos ditanggung sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here