Uncle kentang pun tahu kelebihan solat Subuh

0
190
Kuan Chee Heng yang dikenali dengan kerja-kerja kebajikan dilakukan untuk golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur.

CYBERJAYA – Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng hari ini membuat sindiran pedas kepada rakyat negara ini yang tidak pernah berusaha untuk mengubah kehidupan tetapi masih berharapkan bantuan. 

Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menjadikan solat Subuh atau sembahyang pagi (bukan Islam) sebagai asas dan pedoman untuk berjaya dalam hidup.

“Solat Subuh/sembahyang pagi sangat penting kerana ia membuka minda dan keyakinan diri sepanjang hari. Ingat.

“Kalau minta bantuan tapi mampu tidur sehingga lapan atau 10 pagi, itu bukan orang susah. Orang susah biasa bangun awal cari rezeki,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Justeru beliau yang tidak pernah berdiskrimikasi dalam kerja-kerja amal dan kebajikan yang dilakukan menyeru orang ramai supaya berusaha untuk keluar daripada kesusahan.

Katanya, bantuan yang diberikan oleh pihak-pihak prihatin sepatutnya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bukannya mereka yang malas berusaha.

Katanya, dalam Islam misalnya, tanda seseorang itu benar-benar mahu berusaha adalah dengan bangun pada awal pagi dan mengerjakan solat Subuh.

Bahkan, kegagalan melaksanakan kewajiban itu sepatutnya membuatkan seseorang berasa berdosa dan sentiasa berada dalam keadaan serba tidak kena.

“Jadi nak keluar daripada susah, mesti berusaha. Bangun awal. Solat. Kerana solat itu dapat memberi keyakinan pada diri sendiri sepanjang hari.

“Kalau ‘tuang’ solat, kita akan rasa kita kurang satu. Dan ia akan menggugat keyakinan diri.

Ini bangun Subuh untuk solat pun malas apa lagi usaha lain. Betul tak? Saya ‘sound direct’. Jangan marah kalau terkena,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here