[VIDEO] ATM gagalkan cubaan 17 PATI masuki negara

0
346
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan cubaan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada memasuki negara melalui laluan tidak sah, awal pagi tadi.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan sebentar tadi, cubaan tersebut berlaku di sekitar kawasan Batu Layar, Teluk Punggai dan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi di Johor.

ATM gagalkan cubaan 17 PATI masuki negara

Kata kenyataan itu, cubaan itu mula dikesan oleh Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang berfungsi sebagai sistem rangkaian radar 24 jam yang mengesan sebuah bot dalam keadaan yang mencurigakan dari arah Pulau Batan.

“Hasil maklumat yang diterima, satu Pasukan Gerakcepat (QRF) diaturgerak ke kawasan tersebut bagi melakukan kepungan dan penjejakan,” kata kenyataan itu.

“Pada pukul 1.30 pagi, petugas pos pemerhati memaklumkan pendaratan sebuah bot di Pantai Teluk Pungai.

“Susulan itu, QRF bersama anggota Cawangan Khas PDRM menyerbu lokasi berkenaan dan berjaya menahan seramai16 PATI yang baru mendarat,” kata kenyataan itu lagi.

Seorang lagi PATI berjaya ditahan pada pukul 2 pagi setelah pegesanan tim dron daripada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) berjaya menemui lokasi persembunyian PATI itu.

GAMBAR IHSAN ATM

Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan 4 wanita, berusia di antara 24 hingga 48 tahun.

Selain tangkapan, ATM turut merampas barang kemas, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai bernilai anggaran RM25,262.14.

Kesemua PATI yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here