[VIDEO] Gempa bumi kuat gegar Sulawesi Barat

0
131
Anggota penyelamat sedang cub amenyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah hospital di bandar Mamuju, Sulawesi Barat. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

SULAWESI BARAT – Sekurang-kurangnya 3 terbunuh manakala berpuluh lagi cedera apabila satu gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter menggegar Kepulauan Sulawesi, awal pagi tadi.

Menurut AFP, antara bandar yang teruk terjejas adalah Mamuju yang terletak di wilayah Sulawesi Barat, apabila sebuah hospital turut dilaporkan runtuh.

“Hospital tersebut runtuh, ranap sama sekali,” kata salah seorang anggota penyelamat yang dikenali sebagai Arianto.

“Setakat ini, kami sedang cuba menyelamatkan mereka yang terperangkap,” tambah beliau.

Pasukan menyelamat tidak memberitahu jumlah bangunan yang terjejas, namun difahamkan, puluhan rumah penduduk di bandar tersebut turut ranap.

Sementara itu, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran tersebut berpusat di kedudukan kira-kira 36 kilometer (KM) di selatan Mamuju pada kedalaman 18.4km.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here