[VIDEO] GM lancar kenderaan terbang

0
25

LAS VEGAS – Syarikat pembuat kenderaan General Motors (GM) semalam melancarkan sebuah kenderaan terbang pada Pameran Elektronik Pengguna (CES).

Kenderaan terbang tersebut, merupakan salah satu daripada dua kenderaan automatik yang dilancarkan di bawah jenama Cadillac, dan direka dibawah Portfolio Halo.

GM reka kenderaan terbang
VIDEO General Motors

Kedua-dua kenderaan tersebut direka dengan sistem pemanduan automatik.

Pada pelancaran tersebut, GM turut menayangkan video konsep yang menunjukkan bagaimana kenderaan terbang tersebut berfungsi.

Video tersebut memaparkan sebuah pesawat satu tempat duduk menggunakan konsep pelepasan dan pendaratan menegak berkuasakan elektrik (eVTOL) yang dikuasakan dengan sebuah berkuasa 90 kWh dan mampu mencapai kelajuan sehingga 90 kilometer sejam (kmj).

“Pada ketika ini, (rekaan) ini adalah satu konsep bila mana masa dan kemudahan adalah segalanya,” kata Timbalan Presiden Reka Bentuk Global GM, Michael Simcoe.

Cadillac PAV

Sebuah lagi kenderaan yang direka di bawah portfolio berkenaan adalah Kenderaan Autonomous Peribadi Cadillac (PAV) yang direka seperti seperti limousine tetapi tidak mempunyai pemandu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here