[VIDEO] Trump janji peralihan kuasa berjalan lancar

0
38

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji proses peralihan kuasa kepada kerajaan yang baharu pada 20 Januari ini akan berjalan dengan lancar.

Menurut Reuters, Trump berkata demikian dalam satu video yang dimuatnaik pada lewat malam tadi (waktu tempatan).

Trump janji peralihan kuasa berjalan lancar

“Kita baru sahaja melepasi proses pilihan raya yang penuh tekanan, jadi emosi adalah tinggi.

“Tetapi, kemarahan perlu diredakan, dan suasana tenang perlu dikembalikan semula,” ucap Trump dalam video tersebut.

Trump pada masa yang sama turut menyelar tindakan penyokongnya yang menyerbu bangunan Capitol ketika ahli dewan perwakilan sedang bersidang untuk meluluskan undi elektoral, semalam.

Dalam kejadian tersebut, 4 individu terbunuh manakala berpuluh lagi tercedera.

Trump kini berdepan tekanan dari pelbagai pihak, dengan pihak Senat mencadangkan penggunaan Pindaan ke-25 Perlembagaan AS bagi menyekat Trump melakukan sesuatu diluar jangkaan sebelum pemenang pilihan raya presiden lalu, Joe Biden mengangkat sumpah pada 20 Januari ini.

Pindaan ke-25 menyebut, kuasa seseorang presiden AS boleh dipindahkan kepada timbalannya jika beliau mati, meletakkan jawatan, dipecat atau sebab-sebab lain yang mana menyebabkan beliau tidak boleh melakukan tugasnya sebagai presiden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here