Waris mangsa nahas Sriwijaya Air saman Boeing

0
143

JAKARTA – Waris mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air telah memfailkan saman terhadap syarikat Boeing dengan mendakwa pesawat yang terlibat dalam nahas tersebut “rosak dan merbahaya”.

Kata The Guardian, waris tersebut diwakili oleh firma guaman Wisner memfailkan saman tersebut di wilayah Cook di Illinois, Amerika Syarikat, di mana pembuat kapal terbang tersebut beribu pejabat, minggu lepas.

Permohonan saman tersebut menyebut, pesawat dalam insiden berkenaan iaitu sebuah Boeing 737-500 mempunyai satu atau lebih kerosakan, termasuk kerosakan pada sistem autothrottle yang secara automatik mengawal kuasa enjin.

Dokumen sama turut menyebut, kemungkinan wujud pengaratan pada injap ‘bleed-air’ tahap kelima pada enjin yang menyebabkan ia tersekat pada kedudukan ‘buka’ ketika penerbangan, sehingga menyebabkan ‘compressor stall’ yang tidak mampu dikawal.

Pihak berkuasa berjaya menemukan dan mengakses maklumat daripada alat perakam data penerbangan (FDR), namun masih belum menemukan alat perakam suara kokpit (CVR).

Pihak berkuasa penerbangan dijangka akan mengeluarkan laporan awal nahas pada bulan hadapan.

Dalam kejadian pada 9 Januari lalu, pesawat SJ-182 yang membawa 62 anak kapal dan penumpang terhempas ke Laut Jawa sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here