WHO luluskan penggunaan vaksin Pfizer/BioNTech

0
59

GENEVA – Kelulusan segera Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) terhadap vaksin Covid-19 keluaran Pfizer/BioNTech membuka pintu kepada negara anggotanya untuk mempercepatkan proses kelulusan regulatori dalam mengimport dan mengedarkan vaksin tersebut.

Kelulusan segera tersebut yang diumumkan awal pagi tadi turut membolehkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika memdapatkan vaksin berkenaan bagi diedarkan ke negara yang memerlukan.

“Ini merupakan satu langkah positif dalam mewujudkan akses global kepada vaksin ini.

“Namun, pada masa ayang sama saya ingin menekankan bahawa wujud keperluan untuk usaha global yang lebih besar bagi mendapatkan vaksin yang memenuhi keperluan semua populasi,” kata Penolong Ketua Pengarah WHO bagi Akses Ubat dan Produk Kesihatan, Mariangela Simao, dalam satu kenyataan.

Kelulusan tersebut diberikan setelah panel penganalisa yang terdiri daripada pakar dalaman WHO dan pakar jemputan mendapati penggunaan vaksin tersebut lebih mendatangkan kebaikan daripada keburukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here