Zahid Hamidi diminta lepas jawatan Presiden UMNO

0
477
Zahid Hamidi

CYBERJAYA – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan krisis kepemimpinan ahli Parlimen yang berlarutan tanpa penyelesaian.

Ahmad Tajuddin berkata, tindak-tanduk Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli Parlimen UMNO yang dilihat semakin tidak terarah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.

“Arah tuju yang tidak jelas beserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, bukan sahaja arah tuju yang tidak jelas, tetapi ada yang mempunyai kes-kes mahkamah sekaligus memberi beban berat kepada kebangkitan semula UMNO.

“Ahli-Ahli UMNO tidak dapat melihat dengan jelas kewajaran mendukung pemimpin yang dipecat oleh MKT, penolakan kerjasama dengan Bersatu oleh bahagian-bahagian jelas memperlihat ketegasan penolakan ahli UMNO terhadap kerajaan pimpinan Bersatu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here