Zakat Selangor sedia tambah bantuan kepada ibu curi untuk anak

0
69
Ketua Polis IPD Petaling Jaya menyampaikan sumbangan kepada suri rumah tersebut yang terpaksa mencuri ubat dan makanan untuk anaknya

CYBERJAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan melihat semula keperluan sebuah keluarga yang ibunya terpaksa mencuri untuk mendapatkan ubat dan makanan demi anaknya.

Menurut LZS dalam satu kenyataan, sebagai rekod keluarga tersebut adalah asnaf berdaftar dengan LZS sejak 2018 sehingga kini.

“Mereka telah disantuni dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan hari raya dan bantuan keperluan sekolah.

“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya.

Semalam, kisah suri rumah tersebut yang terpaksa mencuri ubat dan makanan untuk anaknya menyentuh perasaan banyak pihak selepas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sendiri turun memberikan bantuan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here