18 kes ‘scammer’ menyamar sebagai pegawai LDHN dikesan sejak awal tahun ini

0
104
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta orang ramai supaya berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai
agensi tersebut untuk memperdayakan mangsa.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, dalam tempoh kurang dua bulan ini sahaja sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDN dilaporkan.

“Sejak 1 Januari sehingga 9 Februari lalu sahaja, sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDN melibatkan kerugian sekurang-kurangnya berjumlah RM636,311 telah dilaporkan.

“Taktik keji dengan menakut-nakutkan mangsa menyebabkan mangsa panik dan akhirnya memaksa mangsa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, LHDN meminta orang ramai agar berhati-hati dan jangan mudah
terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN.

Katanya, orang ramai dinasihatkan melakukan pengesahan dengan LHDN terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line.

Pada masa sama, katanya, orang ramai juga boleh menyemak melalui portal rasmi
www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran.

“Di samping itu, orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di portal rasmi LHDN atau klik capaian pantas http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=10&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_un
it=2&bt_sequ=1.

“LHDN sentiasa melakukan usaha-usaha yang perlu dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa cakna atau ambil tahu isu berkaitan aktiviti scammer ini.

“Selain daripada peringatan melalui saluran media massa dan media sosial, LHDN turut menggunakan saluran e-mel rasmi [email protected] untuk menghantar infografik peringatan berkaitan aktiviti scammer,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here