2 anggota renjer maut dalam kejadian berbalas tembakan, letupan bom

0
1116
Pihak keselamatan berkawal di lokasi kejadian

NARATHIWAT – Satu kejadian berbalas tembakan dan letupan bom paip berlaku di kampung di Ra-ngae, Narathiwat yang terletak di selatan Thailand sehingga mengorbankan dua anggota renjer.

Dalam kejadian itu seorang lagi rakan mereka mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Ra-ngae, Piyapak Thongpanlertkun, berkata dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi semalam (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang sedang berehat di dalam khemah selepas melakukan rondaan di kawasan tersebut dikejutkan dengan beberapa letupan.

Beliau berkata, sekumpulan individu kemudian mula melontarkan bom paip buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah khemah itu.

“Insiden berbalas tembakan antara renjer dan kumpulan penyerang berlanjutan kira-kira lima minit sebelum kumpulan penyerang beredar dari tempat kejadian.

“Seorang renjer meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Ra-ngae. Seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Dalam itu, beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kumpulan penyerang terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 individu.

Katanya, kumpulan itu turut melarikan tiga laras senapang milik anggota renjer yang sedang bertugas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here